ASSALAMUALAIKUM :)
Hai bloggie .miss yaaa a lot ! Dengan bangganya,aku nak merasmikan yang aku dah habis sekolah .Imma school leaver babyyy :* .Bagi abang-abang and akak-akak yang dah lama tamatkan zaman persekolahan mesti macam "ek eleh,budak2 habis SPM ni kecoh je pasal habis sekolah dekat twitter bagai". En? Alaaaa.chill laa brader ,korang pon pernah macam ni kan?Jadi ,tak perlu rasanya nak kutuk2. Chill je okay? haaaaaaa.. molek macam tu :) Tapi ,untuk adik-adik yang masih bersekolah,sabar eh korang ? Masa korang akan tiba nanti .Semua orang akan rasa .Jangan buat keputusan tak siuman sampai sanggup berhenti sekolah sudah.Lek luuuu .hehe .Walaupun happy sebab lepas ni dah tak perlu beli barang-barang sekolah,menapak satu sekolah untuk ke kelas bagi subjek tertentu,aku still risau pasal result nanti .Yelaaaa,aku bukannya excellent mana pun macam budak-budak lain.Cukup-cukup makan jehaa.Tapi yang pasti,addmath and chemist aku rabak laa,Sabar jelaaa.Aku cuma mampu berdoa dan tawakal je sekarang.Nak menyesal tak boleh,dah lambat dah pon.Kalau bukan rezeki aku untuk SPM ni,insyaAllah dekat universiti nanti ,adalah kot rezeki aku .Cuma aku kena pilih kawan yang betul lah,bukan yang jenis nak foya-foya je.Alhamduliilah ,setakat ni,semua kawan-kawan aku dari golongan orang yang baik.Nak-nak aku sekolah dekat STAN,semua pelajar perempuan,Tak ada yang jahat.Nakal sikit-sikit tu adalaa kann ,hehe .Sebenarnya ,aku pun tak pasti apa yang aku rasa sekarang .Nak kata happy ,tak jugak .Nak kata sedih pun ..tak jugak .ntah laaa..mungkin sebab baru 2 hari cuti kot..tapi aku yakin,aku rindu kawan-kawan aku semua .Rindu nak buat benda-benda pelik dekat asrama .Lima tahun dekat asrama ,memang banyak kenangan manis & pahit.Gelak ketawa semua bersama .Tak sangka masa berlalu cepat sangat.Rasa macam baru daftar form1 je .Selalu main kejar-kejar dekat tingkat 3 asrama bila hari minggu .Then kena jerit dengan akak form5 .Ayat dia aku memang tak boleh lupa laa.Setiap kali kitaorang lari-lari ,mesti dia akan cakap, "hoi! ingat ni asrama bapak kau ke?" dengar je dia cakap macam tu,terus lari masuk toilet .hehe .Sebab takut dia carik dekat dorm.Tu zaman aku form1 laaa.Kalau junior sekarang ,form5 jerit gila gila pon,buat bodoh je -,- naik darah aku tengok masing-masing.Haishh ,sabar jelaaa.haha .Tahun paling bermakna aku ialah masa form3 .Masa tu,batch aku masih ramai dekat STAN.Belajar sama-sama untuk PMR.Stay-up pagi & malam.Seronok je masa tu.Tapi...bila naik form4 ,lepas sorang-sorang tinggalkan STAN untuk pergi sekolah yang lebih bagus.Tahniah .Aku bangga sangat korang dapat tawaran tu ,walaupun aku masih melekat dekat STAN.Perasaan aku memang tak terkata lah kan.Sedih yang teramat!Semua gang-gang aku dah pindah.Masa tu laa hati ni memberontak nak sangat pindah.Setiap hari aku call ayah sebab nak pindah,siap menangis lagi dekat public phone tu.hehe .Bila call,ayah mesti cakap,"adik tak menyesal ke nak pindah?Kuala Selangor jauh.Nanti ayah tak dapat nak jenguk adik setiap minggu lagi macam sekarang ni.Lagipun ,sekolah tu ada lelaki".Ahhh sudah,aku pun fikir dua tiga kali.Last-last,aku terima jela kenyataan yang aku akan stay dekat STAN sampai lah habis SPM.Dan alhamdulillah, nasib aku dengar cakap ayah.Aku bahagia je dekat STAN.Sebagai senior tahun 2013 ni ,aku pelik jugak dengan gelaran 'senior' tu.Sebab aku rasa aku macam budak-budak lagi je.Saiz badan pun lebih kurang je dengan budak form1.Ada pulak tu yang lagi tinggi dari aku.Okay ,yang tu memalukan.hehe.Tapi....pendek tu comel kaaaaannnn?kaaaaannn?hehee .Okay fine! Aku tak comel. -,- .Sebenarnya ,duduk dekat asrama ni,banyak advantagenya.Seronok lagi tauu.Pagi petang tengok muka kawan.Sampai naik muak laa tengok rupa masing-masing.haha.Tapi,dekat sini lah aku belajar macam-macam.Ada je benda pelik-pelik nak buat.Itu namanya ke-kreatifan.Kau pernah bukak tin laici guna streka?pernah?Tak kan?well,dekat asrama aku pernah.Bawak fon tu kira perkara normal lah kan.Ramai orang pernah buat.Cuma lokasi-lokasi nak sorokkan fon bila ada spotcheck tu je yang berbeza.Ikut ke-kreatifan masing-masing lah kan.Dalam pasu bungalah,tanam dalam tanah la,bawah locker laa..bla bla bla.banyak lagi sebenarnya.hehe .Masa SPM haritu,asrama memang kosong betul lah kan.Yelaa,budak-budak ni semua dah balik rumah untuk cuti.Tinggal lah kitaorang yang 15 orang form5 dekat asrama.Sikit kan? I know .Tu yang best sebenarnya.Rasa macam asrama tu ,kitaorang yang punya.Tengok tv dekat bilik tamu dah laa secara haram.Sebenarnya,bilik tu dah kena kunci dengan penyelia.Tapi sebab stress lepas paper addmath,kitaorang pun teringin lah nak tengok movie.Jadi,apaa lagi ..bukak pintu tu secara haram laa.Kitaorang bukak pintu tu guna gunting .hehe.Nama je perempuan .Tapi nakal jugak .Tak jahat,nakal sikit je.Tengah sedap-sedap tengok movie,tiba-tiba siapa ntah cakap warden otw datang bilik tamu.Gelabah masing-masing sorok fon bawah sofa.Masa tu memang harap fon tak vibrate or berbunyi laa.Lagi best bila warden cakap "macam mana kamu semua masuk bilik ni?tak silap saya,bilik ni dah berkunci." time tulaa semua buat muka suci macam baby baru lahir.Then ,cikgu sambung lagi "ingat saya tak tahu ke kamu semua bawak fon?saya malas je nak ambil tahu.nanti awak stress lah.".Bang! kena kau setepek! haha.semua speechless habis .Yelaa..semua cikgu cakap tu memang kitaorang buat .So ,senyum jelaa.buat muka suci masing-masing.hehe.Tapi apa-apa pun,kenangan sebagai seoarang pelajar sekolah memang susah nak lupa kan.Dekat sinilah kita kenal 'a real friend' .Aku harap ,kita semua peroleh keputusan yang cemerlang .insyaAllah .Untuk cikgu Syuhada,tahniah sebab permohonan untuk pindah ke pulau pinang diluluskan .Seronok betul cikgu .Yelaaa.dapat duduk dengan suami nun jauh di sana,Kalau tak,asyik terperap jelaa dekat asrama dengan kitaorang .Suami pun jumpa jarang-jarang .Siaaaaannn.hehe .Goodluck dekat sana cikgu ,thanks for everything .
lovely school
hostel
locker yang bersepah ><
lovely school
hostel
locker yang bersepah ><
jemaah terakhir kami :')
barang wajib ^^