Day light XD

ASSALAMUALAIKUM:)                
                        
Jam dekat lappy aku sekarang ni menunjukkan pukul 1:38 a.m dan aku masih menghadap benda alah ni sebab mata ni tak mahu tutup . Haish ,dah la mata blah kanan ni sakit ,tah pehal lah sejak bangun pagi tadi..Hmmm ,ni lah dia dugaan Allah .Aku nak sujud time solat pun mata ni sakit .Macam ada pressure kau tau dekat mata ni .'YaAllah ,kau sembuhkan lah sakit mataku ni secepat mungkin'.Anyway, tadi lepas makan malam ,abang-abang aku heboh sangat nak tengok wayang .Apa lagi kan ..rezeki depan mata ,siapa taknak .Tapiiii ...sebelum keluar ,kita kena tunaikan tanggungjawab kita sebagai umat Islam iaitu,solat .So ,lepas habis je solat isyak ,aku pun bersiap lah ala kadar je .Yelaaa,tengok late night movie je pon~Siapa pulak laaa nak meng-usha apa aku pakai malam-malam buta macam ni .Kesah pulak aku?haha.Mula-mula cadang nak tengok 'after earth' ,tapi macam lewat sangat la ceritanyaa ,malas pulak aku nak menunggunya ,blaa blaa blaa ,last-last tengok cerita 'epic' je .Ehhhh ,nampak je macam tu cerita tu,tapi best lah jugak.Aku tengok dengan abang aku yang dah berumur 23 and 19 tahun tu pon gelak,ni kan aku yang still *kanak-kanak* .hehe.okay ,perasan -,-Tapi tak boleh tahan tadi laa.Tangan sebelah kiri nak pegang pop corn,sebelah kanan nak pegang sausage,mmm..memang tidak lah .Tibaa tibaaaaaaaaa..*BOOMMM*(bunyi over--') pop corn aku jatuh atas riba,hampir suku yang terkeluar..haaaa.nampaknyaa,makan popcorn atas seluar laa yee ? *tak senonoh.Ahhh ..lantak laa.bukan orang nampak pon..abang aku pon join sekali..lalalala~'like brother ,like sister' .Tapi tulah kelemahan aku ,asal makan popcorn dekat wayang mesti ,aku ulang MESTI ada popcorn yang terselit dekat baju laa,tudung laa,selekehh ! Tapi time tu jelaa,takda laa sampai keluar dari panggung pun still melekat benda alah tu dekat aku.Gilaa kauu ? aku pon malu dengan diri sendiri, tak boleh bayangkan perasaan orang yang jalan dengan aku.Habis je cerita tu ,kitaorang pun menuju ke destinasi seterusnya ,iaitu kereokee ! Okayy aku tipu .Memang tidak lah nak berjoli tengah-tengah malam .Mahu ayah dengan mak aku pakej sekali dengan nenek kejar kitaorang dengan penyapu satu kampung .Paling tidak pon kena kunci dekat luar rumah.Ohh tidak ..Jadi bagi mengelakkan semua ni terjadi ,lebih baik kalau kitaorang terus balik .Bukan apaa ,ibu bapa risau anak-anak tak balik-balik. That's why we should love our parents so much :* .They cared about us more than anyone ! Till then .Assalamualaikum :*